Selasa, 29 Oktober 2019

KERJA ORANG MELAYU PADA KEHENDAK ALLAH

APA KERJA ORANG MELAYU PADA KEHENDAK ALLAH 

Dunia Melayu ialah Malaysia, Indonesia, Jawa, Thailand, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Filipina, Borneo(Benua), Sumatera (Samudera). 

Kerja utama Orang Melayu yang dikehendaki Allah ialah Pertahankan Islam.

Dari Kerja inilah disebut;
PERJUANGAN MELAYU

Untuk Allah memilih dan menentukan sesuatu bangsa sebagai Bangsa Pendokong Agama maka pilihan yang Allah tentukan ialah berdasarkan Tempat dan Budaya sebelum diberi Peranan Agama. Maka dari peranan inilah melahirkan perjuangan.

PERANAN
Maka diatas susunan fungsi-fungsi perjuangan tersebutlah maka Peranan yang telah dilaksanakan oleh setiap umat Bangsa Melayu untuk mengangkat Martabat Agama dan Maruah Bangsa Melayu iaitu :
1. Amer/Raja/Sultan/ Khalifah
2. Ulamak/Penasihat
3. Makmum/Rakyat/Ahli               
4. Pendekar/Pahlawan/Tentera

Maka sesungguhnya bumi Melayu adalah Tempat pilihan Allah selain dari bumi Mekah kerana bumi Melayu ada Terengganu Darul Iman. Dan budayanya ialah budaya pengabdian atau budaya suka pada Agama. Yang membawa sayang pada Agama. Dengan cara memelihara dan mempertahankan Agama.

Memelihara ialah  dengan cara mengajar dan belajar Agama.

Mempertahan ialah dengan mengamal, menyebar dan menentukan Agama ada kesinambungannya hingga hari Kiamat.

Berdasarkan Tempat dan Budaya, Tersusunlah Perjuangan Melayu kepada 4 iaitu;
1. Mendaulatkan Raja - untuk memudahkan usaha mengangkat Syiar Iman

2. Memartabatkan Agama - untuk memudahkan usaha meninggikan Syiar Islam.

3. Memaruahkan Bangsa - untuk memudahkan bagi mengerakkan Peranan Bangsa.

4. Kesinambungan Umat - untuk meneruskan perjuangan demi Kesinambungan Agama agar diwarisi oleh umat hingga kiamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan