Selasa, 29 Oktober 2019

KERJA ORANG MELAYU PADA KEHENDAK ALLAH

APA KERJA ORANG MELAYU PADA KEHENDAK ALLAH 

Dunia Melayu ialah Malaysia, Indonesia, Jawa, Thailand, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Filipina, Borneo(Benua), Sumatera (Samudera). 

Kerja utama Orang Melayu yang dikehendaki Allah ialah Pertahankan Islam.

Dari Kerja inilah disebut;
PERJUANGAN MELAYU

Untuk Allah memilih dan menentukan sesuatu bangsa sebagai Bangsa Pendokong Agama maka pilihan yang Allah tentukan ialah berdasarkan Tempat dan Budaya sebelum diberi Peranan Agama. Maka dari peranan inilah melahirkan perjuangan.

PERANAN
Maka diatas susunan fungsi-fungsi perjuangan tersebutlah maka Peranan yang telah dilaksanakan oleh setiap umat Bangsa Melayu untuk mengangkat Martabat Agama dan Maruah Bangsa Melayu iaitu :
1. Amer/Raja/Sultan/ Khalifah
2. Ulamak/Penasihat
3. Makmum/Rakyat/Ahli               
4. Pendekar/Pahlawan/Tentera

Maka sesungguhnya bumi Melayu adalah Tempat pilihan Allah selain dari bumi Mekah kerana bumi Melayu ada Terengganu Darul Iman. Dan budayanya ialah budaya pengabdian atau budaya suka pada Agama. Yang membawa sayang pada Agama. Dengan cara memelihara dan mempertahankan Agama.

Memelihara ialah  dengan cara mengajar dan belajar Agama.

Mempertahan ialah dengan mengamal, menyebar dan menentukan Agama ada kesinambungannya hingga hari Kiamat.

Berdasarkan Tempat dan Budaya, Tersusunlah Perjuangan Melayu kepada 4 iaitu;
1. Mendaulatkan Raja - untuk memudahkan usaha mengangkat Syiar Iman

2. Memartabatkan Agama - untuk memudahkan usaha meninggikan Syiar Islam.

3. Memaruahkan Bangsa - untuk memudahkan bagi mengerakkan Peranan Bangsa.

4. Kesinambungan Umat - untuk meneruskan perjuangan demi Kesinambungan Agama agar diwarisi oleh umat hingga kiamat

MELAYU BANGSA WAWASAN AKHIRAT

MELAYU BANGSA WAWASAN AKHIRAT

MELAYU
Mudah disebut terutama orang yang menduduki Tanah Melayu dan sekarang disebut Malaysia.

BANGSA
Melayu ini Bangsa kepada Orang Islam yang berada di Nusantara. Walau asalnya China beragama Buddha, India beragama Hindu, Aryan beragama Yahudi atau Kristian. Jika datang ke sini atau yang telah lama, bila masuk Islam di Benua Melayu maka jadilah Bangsa Melayu.

Cuma untuk mewujudkan Melayu itu  ada permulaan cerita dan ada kisahnya. ada permulaan dan ada penamatnya. Ada Muqaddim dan ada Muakhirnya. Ada Awal dan ada Akhirnya. Itulah disebut Usul Asal Bangsa Melayu. Oleh itu untuk menjadi Melayu, syaratnya;
1. Beragama Islam (Masuk Melayu)
2. Berbahasa Melayu
3. Berbudaya Melayu
4. Beradat Melayu

Dan tersusunlah pada kata;
Melayu itu Usulnya Agama yakni Islam,
Bahasa Jiwa Bangsa,
Budaya Raga Bangsa,
Adat @ Kuasa Memartabatkan Bangsa.

WAWASAN
Erti Wawasan - Membawa Maksud Kecemerlangan untuk menuju Matlamat Kegemilangan yang sebenar.

"Wahai Jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha lagi diredhai. Maka kamu termasuk golongan Hamba2 Ku, Dan masuklah kamu dalam syurgaKu" (Al Fajar 27-30)

AKHIRAT
Tidak lain, Iqtikad bagi seseorang Islam yang beriman itu ialah Yakin Kepada Akhirat. Hari penghidupan yang sebenar, hari penentuan dan sbgnya. Pintunya kubur cara matinya jasad. Dan ada lagi cara lain untuk ke akhirat. Banyak contoh2 jika dicari dan dikaji. Untuk orang yang melalui pintu kubur, alamnya disebut Barzakh, lepas itu Alam Masyar dan seterus Alam Penentuan, Pembalasan dan sbgnya. Semuanya ini dirumus dalam kata AKHIRAT.

Untuk ke akhirat mesti ada persiapan, persediaan dan bekalan. Tempat untuk siap, sedia dan bekal inilah Dunia. Penempatan Sementara disebut Bumi.

"Sesungguhnya telah Kami jadikan apa saja yang ada dibumi sebagai perhiasan bagi mereka untuk Kami menguji siapakah yang terbaik perbuatannya" (Al Kahfi 7)

Sabda Rasulullah SAW;
"Bagiku dan apa saja yang ada di dunia ini, bukanlah aku. Aku hanyalah seperti penumpang yang berteduh dibawah sebatang pokok untuk berehat sebentar kemudian aku terus pergi tinggalkanya" (HR Tirmizi dan Ibnu Majah)

Jumaat, 31 Oktober 2014

4 PERKARA UTAMA YANG MESTI TAKUT

1. Takut Tidak Beriman
Maksudnya - kita kena banyak memuja (ingat) pada Allah S.W.T ( Zikirullah)

2. Takut Pada Murka Allah S.W.T
Maksudnya - kita kena banyak memuji Allah S.W.T (Tasbih)

3. Takut Pada Azab Allah S.W.T
Maksudnya - kita kena pelihara Solat (Solat).
Dengan laksanakan perintah yang dikrar dan dijanji dlm Solat iaitu pada Surah yg dibacakan didalam solat.

4. Takut Mati Dalam Kesesatan
Maksudnya - kita kena cari Panduan Agama ( Al Quran).
Quran disini ialah orang yg berupaya memberi panduan, menunjuk ajar, membimbing (tarbiyah) dan memandu kita bagaimana utk kita hidup sebagai  orang yang beragama.

Kesemua inilah disebut Al Kitab - iaitu orang yang boleh memandu orang lain utk benar2 sampai kepada Allah S.W.T. Dan Al Kitab inilah yg membawa kaitan Ar Raqim spt yg terkandung dlm Surah Kahfi.

Jumaat, 17 Oktober 2014

HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W KAITAN DAJJAL

Fitnah Dajjal mengikut perkhabaran Rasulullah s.a.w


Jika dilihat betapa besar dan hebatnya fitnah dajjal, Rasulullah saw secara tegas memperingatkan tentang bahaya fitnah yg dibawa oleh dajjal.

Selain itu, fitnah dajjal juga tersenarai sbg tanda tanda besar kiamat. Sptmana yg telah disepakati oleh ulama ulama muktabar dlm semua mazhab. Telah dijelaskan oleh sebahagian ulama muktabar terdpt 500 tanda kecil atau tanda awal kiamat yg semuanya telah dilepasi.

Tanda kecil atau tanda awal yg ke 500 adalah; Penyakit yg tiada ubat, disebut HIV/AIDs. Tanda kecil atau tanda awal yg ke 500 ini menjadi Pembuka Tirai Tanda Besar atau Tanda Akhir berlakunya kiamat. Ulama ulama muktabar merumuskan terdapat 16 Tanda Besar atau Tanda Akhir Kiamat iaitu;



Khamis, 16 Oktober 2014

TAK MELAYU HILANG DI DUNIA

Siapakah Melayu yg tidak hilang itu?
Ramai yg beranggapan bangsa itu tidak penting. Yg penting agama. Benarkah fahaman dan pegangan ini?

Ilustrasi Hang Tuah
Utk menyatakan pentingnya bangsa dan agama dan diantara 2 perkara ini saling berkait rapat maka 2 perkara ini mesti dikupas  utk dpt kefahaman. 

Bangsa dan Agama adalah 2 perkara penting yg bergandingan, berpasangan spt jantan dan betina, ibarat aur dgn tebing dan spt langit dan bumi.

Apa itu Bangsa dan apa itu Agama?